KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz hari ini melabelkan bekas Perdana Menteri yang juga kini pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “orang tua kuat meroyan”.
“Mahathir Mohamad, sudah-sudah lah..you menipu rakyat dan nak menjatuhkan kerajaan yang selama ini banyak membantu rakyat terutama orang-orang berpendapatan rendah.
“You dah tua, cukup-cukup lah..bagi peluang pada pemimpin sekarang pula untuk mentadbir negara dengan baik..jadi yang dah tua ni jangan meroyan lah”, katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pameran “Peking Man in Malaysia: Zhoukoudian Heritage Site” di Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini.