KUALA LUMPUR – Usaha Amiran Technology Sdn Bhd bagi membangunkan Teknologi Hijau dan Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy) ‘OxyHybrid Fuel Cell’ inovasi terbaharu yang dihasilkan melalui program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perkhidmatan inovasi ‘Hybrid Booster’ merupakan produk dalam kategori Aksesori Premium Kenderaan mesra alam.
Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang rakan kolabrasi Amiran Technology Sdn Bhd menyambut baik usaha ini bertujuan meningkatkan pembangunan PKS terutamanya usahawan muda di samping meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa.
Antara Kejayaan yang telah di kecapi Amiran Technology di mana produk Hybrid Booster ini telah mendapat permintaan pasaran luar negara seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Somalia, Kenya, German, dan terkini Indonesia.
Selari dengan Aspirasi kerajaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha melahirkan usahawan minda kelas pertama utk menghadapi cabaran globalisasi pembangunan ekonomi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Bersesuaian dengan Manifesto Kerajaan sekarang Pemacuan Modal Insan, Kecemerlangan Pendidikan bersesuaian dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dalam memperkasakan agenda ekonomi UMMAH demi kesejahteraan rakyat.