PUTRAJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari tadi bagi membincangkan jawatan Kabinetnya.
Ia bagi membincangkan mengenai dua jawatan yang bakal disandangnya apabila semalam Tun Dr Mahathir mengumumkan beliau antara menteri barisan kabinet yang dilantik.
Bercakap kepada pihak media selepas pertemuan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin berkata walaupun menghargai portfolio baharu yang dipertanggungjawabkan, adalah sukar untuknya memainkan peranan untuk kedua-dua pelantikan itu sekaligus.
Katanya lagi ketika ini kecenderungannya masih lagi selaku Menteri Besar Selangor berikutan mandat yang telah diberikan rakyat pada PRU ke 14.
Beliau bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya lebih sejam.