KUALA LUMPUR – Persatuan HindhuDharma Malaysia membuat cadangan kepada kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan untuk menyatakan status agama hindu di dalam kad pengenalan.
Cadangan ini untuk memudahkan rakyat yang Malaysia dari segi perkahwinan atau kematian.
Menurut Setiausaha Agungnya Rishi Kumar Vadivelu, perkara itu adalah untuk mengelakkan kekeliruan yang banyak kali terjadi di negara ini.
Katanya lagi cadangan itu bagi menyelesaikan sekiranya terdapat isu dalam perkahwinan sama ada isu harta atau isu hak jagaan anak, memudahkan pengurusan jika terdapat kematian atau lain-lain isu berbangkit.
“Kita nak penukaran agama berlaku dengan mudah, banyak masalah yang berlaku kerana implikasi agama.
“Jadi untuk peringkat pertama kita minta kerajaan baru Pakatan harapan mengadakan dalam kad pengenalan kita nak agama hindu disebutkan, bermakna jika rakyat beragama Islam ada agama Islam nya (dinyata dalam kad pengenalan) selain daripada itu kita akan ada.
“Jadi apa yang kita maksudkan, kita nak semua agama dinyatakan dalam kad pengenalan jadi apabila kita menukar agama, keluarga akan tahu dan tak akan ada kekeliruan lagi kerana telah dinyatakan dalam kad pengenalan kita,” katanya dama satu sidang media di ibu negara pada Jumaat.
Satu memorandum juga telah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.