KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor dijangka hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 11 pagi hari ini berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Ini kali pertama beliau akan disoal siasat oleh SPRM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, berapa lama keterangan akan diambil bergantung kepada soalan serta budi bicara pegawai penyiasat terlibat.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. -Bernama