SUBANG JAYA – Seramai 44 orang anak-anak asnaf kariah Masjid Taman Subang Perdana Shah Alam diraikan pada program membeli belah untuk persiapan Aidilfitri di pusat beli belah Mydin Mall USJ (Mydin) di sini, hari ini.

Program yang dilaksanakan TRIpIc Berhad dengan kerjasama Mydin serta Masjid Taman Subang Perdana Shah Alam itu adalah bagi memberi keceriaan kepada golongan kurang berkemampuan sempena musim perayaan ini.

Pengarah Urusan TRIPLC Berhad, Datuk Yusof Badawi berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu meringankan beban mereka.

“Untuk tahun ini kita peruntukkan seorang dalam RM200, insyaallah cukup lah sepersalianan raya dana ada tambahan lain, serta kita juga akan beri duit raya pada anak-anak ini.

“Kebanyakan kanak-kanak ini kita lihat begitu teruja apabila terpilih menyertai program ini, ada yang dah siapkan senarai apa nak dibeli dan sebagainya,” katanya.