KUALA LUMPUR – Aplikasi Yippi bekerjasama dengan Akademi Badminton AirAsia untuk membentuk dan melahirkan pelapis pemain badminton negara bertaraf dunia.
Akademi Badminton AirAsia telah dilancarkan pada tahun 2012.
Sejak itu, akademi ini telah melatih lebih daripada 300 pemain dan melahirkan pemain badminton bertaraf dunia yang mewakili pasukan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Presiden Akademi Badminton AirAsia, Jason Lim berkata, Yippi akan menyediakan sokongan berbentuk kewangan yang diperlukan oleh kedua-dua pasukan junior dan elit di akademi tersebut.
Sokongan kewangan ini akan digunakan untuk menampung kos seperti yuran jurulatih dan yuran penyewaan gelangang latihan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Yippi atau Akademi Badminton AirAsia, layari
www.togalimited.com www.facebook.com/airasiabadmintonacademy/.