Oleh: Zhafirin Mat Yusof
Selang beberapa jam lagi Malaysia bakal meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-61 pada tanggal 31 Ogos 2018.
Bulan kemerdekaan ini sepatutnya di raikan dengan rasa syukur pada Allah SWT kerana mengingatkan kembali sejarah lepas di mana negara kita yang cuba di jajah oleh negara-negara luar telah mendapat kemerdekaan berkat pengorbanan dan semangat juang pahlawan-pahlawan terdahulu menuntut kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta dan berdaulat ini.
Sambutan ini di lihat sangat hambar dan kurang semangat patriotisme kerana pelbagai isu hangat yang tidak menyenangkan masyarakat Malaysia umumnya.
Antaranya isu kos sara hidup menjadi isu utama hari ini yang perlu ditangani oleh Kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat bagi menangani isu berkenaan.
Isu membabitkan kos sara hidup perlu ditadbir urus dengan baik dengan mencari punca sebenar dan menanganinya dengan bijaksana.
“Dan Harta-Harta Mereka (Ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta “ Firman Allah Surah Al-Dhariat Ayat-19.
Selain dari itu , pelbagai pihak yang berusaha mengundang campur tangan asing kepada pentadbiran dan politik begitu mengganggu-gugat kestabilan politik negara.
Campur tangan kuasa asing ini banyak memberikan kesan negatif kepada negara yang boleh menggugat kedaulatan serta keselamatan dan keamanan negara.
Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti rakyatnya berbangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun sejak dari dahulu lagi dan juga mempunyai pelbagai masyarakat yang berbilang bangsa yang telah menjalani kehidupan harmoni selama ini.
Rasanya tidak perlu campur tangan asing dalam segala urusan pentadbiran kita.
Seperti Firman Allah SWT Surah Al-Najm (39) bermaksud “ Dan bahawasanya seseorang tidak memperoleh sesuatu selain dari apa yang di usaha kan “.
Selain menyarankan rakyat supaya berhemah dan bijak menguruskan kehidupan, kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini.
Tindakan segera perlu di laksanakan oleh kerajaan bukan dengan hanya mengkaji dan mempertimbangkan.Berganding bahu bersama-sama akan menjadikan kehidupan masyarakat majmuk rakyat Malaysia yang lebih sejahtera dan makmur di bumi bertuah lagi berdaulat ini.
-

Zhafirin Mat Yusof merupakan Exco Pemuda UMNO Bukit Bintang dan aktivis sosial
*Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili KLBroadcast*