AMPANG, SELANGOR – Perempuan mana yang tak sukakan barang kemas? Lebih-lebih lagi jika dihadiahkan oleh orang tersayang sempena dengan bulan kemerdekaan.

Pemberian hadiah dapat menzahirkan rasa kasih sayang, cinta dan penghargaan terhadap seseorang. Ditambah lagi dengan barangannya yang bernilai tinggi, tersendiri berserta rekaan unik dan memukau mampu menjadikan seseorang itu rasa lebih dihargai serta disayangi.

Justeru itu, berita baik buat semua, jenama terulung Habib Jewels mengadakan jualan Bazar Merdeka selama 4 hari bermula 30 Ogos sehingga 2 September ini di 17 bilik pameran serata negara.

Sebagai perintis industri barangan kemas yang mempunyai sejarah penglibatan selama 61 tahun di dalam industri, Habib melakar sejarah seiring dengan perkembangan negara tercinta, Malaysia. Bagi menghargai pelanggan setia jenama ini dan kepada seluruh warganegara Malaysia, Bazar Merdeka diraikan secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti, tawaran dan promosi menarik khas untuk penggemar barangan kemas.

Sambutan kemerdekaan tahun ini membawakan koleksi merdeka istimewa dengan perincian batu permata delima, zamrud, safir dan berlian yang unik. Aneka juadah tempatan turut disajikan sepanjang Bazar Merdeka untuk kudapan para pengunjung.

habib2
Majlis pelancaran jualan Bazar Merdeka Habib yang dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Seri Meer Sadik Habib
habib1
Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Seri Meer Sadik Habib beramah mesra dengan pelanggan sempena Bazar Merdeka 2019

Antara tawaran menarik yang disediakan termasuklah:-

• RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya,
• RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia,
• RM 62 untuk sepasang subang mutiara,
• Kepingan emas seberat 2g bermotifkan bangunan bersejarah Malaysia,
• Potongan sehingga 80% untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih,
• Potongan RM10 hingga RM 25 segram untuk emas 916/999,
• Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas,
• Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.

Bukan itu sahaja, Habib turut memperkenalkan Koleksi Merdeka 2019.

Koleksi yang direka khas ini sesuai digayakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia untuk busana traditional baju kurung Pahang, Baju kebaya, Cheongsam, Sari, Kadazan dan Sabah.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Seri Meer Sadik Habib, berkata sempena hari kemerdekaan malaysia yang ke 62, Habib  memperkenalkan koleksi merdeka istimewa sempena memperingati dan meraikan hari bersejarah ini.

“Kita mengeluarkan barang-barang kemas yang terbaru kerana Habib adalah jenama dari Malaysia, kita amat berbangga dengan Malaysia jadi kita keluarkan barang-barang kemas yang sesuai dipakai dengan pakaian tradisi Malaysia, yang boleh dilihat di sini, hari ini.

“Barang-barang ini amat sesuai dipakai dengan pakaian-pakaian tradisi Malaysia. Ini adalah sesuatu yang designer kita keluarkan sesuatu yang berlainan (untuk Bazar Merdeka) kali ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran jualan Bazar Merdeka Habib bertempat di Habib Ampang Point pada Jumaat.

Jelasnya lagi, itulah mesej himpunan Merdeka yang diketengahkan oleh Habib dengan adanya kepelbagaian masyarakat di negara ini yang dapat ditonjolkan dalam pakaian tradisi Malaysia.

Koleksi Merdeka kali ini mengetengahkan rekaan rantai panjang “tassle” bertatahkan berlian dan permata, dengan perincian batu pertama delima, zamrud, safir dan berlian yang unik.

Jualan Merdeka Habib kini berlangsung di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019 di seluruh negara. Sementara itu, potongan lebih hebat disediakan semasa jualan selama 4 hari sempena Bazar Merdeka di 17 bilik pameran yang terlibat.

Habib-Bazar-Merdeka-Sale

Bazar Merdeka akan berlangsung di 17 bilik pameran Habib berikut:

•Ampang Point, Selangor (HQ)

• Plaza Angsana, Johor
• Ayer Keroh, Melaka
• Seremban 2, Negeri Sembilan
• Meru, Ipoh
• Gurney Plaza, Pulau Pinang
• Aman Central, Kedah
• Sungai Petani, Kedah
• Kota Baru
• Kuala Terengganu
• East Coast Mall, Kuantan Pahang
• The Spring, Kuching, Sarawak
• Imago Shopping Mall, Sabah
• Alamanda Putrajaya
• Setia City Mall, Selangor
• Aeon Mall, Nilai
• Mid Valley South Key, Johor