Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas bukan sahaja mencegah penularan pendemik COVID-19, bahkan pelaksanaannya turut menampakkan kesan yang amat baik dengan persekitaran ibu kota juga dilihat semakin bersih, khususnya di sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selain itu indeks pencemaran udara juga mencatatkan kadar bacaan yang lebih baik sepanjang tempoh PKP, membolehkan kualiti alam sekitar yang lebih baik berbanding sebelum ini.

14 April lepas, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperluaskan di kawasan Masjid India dan kawasan sekitarnya mulai hari ini, yang membabitkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang sehingga 28 April.

Kelima-lima kawasan-kawasan ini merupakan kediaman majoriti warga asing yang bekerja serta tinggal di sekitarnya.

Tinjauan kami di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanu Abdul Rahman mendapati jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap kesan amat baik dengan persekitaran di sekitar kawasan itu yang sebelum ini dipenuhi dengan warga asing yang bekerja dan menginap di situ.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik COVID-19 bukan sahaja membawa norma baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi turut memberi ‘nafas baharu’ kepada alam sekitar.

Harapan kami agar rakyat dan warga asing berada di Ibu Kota akan sentiasa menjaga kebersihan dan mengekalkannya sama seperti kita peroleh ketika PKP ini. -KL Broadcast