KUALA LUMPUR – Isu pelarian Rohingya menjadi topik hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini berikutan tersebarnya sepucuk surat yang ditulis kepada Menteri Sumber Manusia dari Presiden Persatuan Rohingya Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani, yang menuntut beberapa hak serta kelonggaran buat mereka ketika berada di negara kita.
Tidak cukup dengan itu, 21 April lepas Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.
Ini susulan 2 laporan pihak berkuasa menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya minggu ini, dengan kawalan kemasukan lebih ketat akibat Covid-19 yang dinyatakan dalam kedua-dua kejadian itu.
“Walaupun kami memahami cabaran dihadapi kerajaan Malaysia ketika penularan itu (Covid-19), kami ingin meminta kerajaan Malaysia mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti paling tertindas di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Kami meminta kerajaan di rantau ini, khasnya anggota Asean, membenarkan mereka mendarat dengan selamat (dan) untuk segera bersetuju dengan langkah kecemasan bagi mengelakkan satu lagi krisis kemanusiaan sambil bertolak ansur terhadap sekatan Covid-19 sedia ada di sempadan mereka.”
Tentera Laut Diraja Malaysia menyekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara pada 16 April lalu.
Sehari sebelum itu, pegawal pantai Bangladesh memintas sebuah kapal pukat tunda sarat dengan pelarian Rohingya yang didakwa mangsa terselamat, bot itu terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan selepas dihalang memasuki perairan Malaysia.
Hak untuk pelarian Rohingya yang cuba dipertahankan oleh Tengku Emma ini sekaligus mengundang rasa marah dan kurang selesa rakyat Malaysia.

Rata-rata netizen meluahkan pendapat dan menolak sekeras-kerasnya tindakan Tengku Emma yang mahu membantu berlebihan pelarian Rohingya walhal rakyat sendiri masih ramai yang sedang dalam kesusahan.
Sumber berita asal: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/21/majlis-rohingya-gesa-malaysia-pertimbang-dasar-tolak-bot-pelarian/