KUALA LUMPUR – Isu membabitkan pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara ini perlu ditangani sebaik mungkin.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengusir pelarian Rohingya tidak sepatutnya berlaku walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Jelasnya, apa yang dihadapi etnik Rohingya adalah melibatkan isu kemanusiaan yang harus dipikul bersama masyarakat antarabangsa.

“Kita tidak boleh biar orang tenggelam, mati dan tambah pula dia itu jadi mangsa kezaliman. Dia lari sebab didera di negeri sendiri.

“Saya harap kerajaan menjaga dalam bentuk kawalan yang terhad tetapi tidak mengusir sehingga mereka tenggelam atau tidak membiarkan mereka dalam keadaan kelaparan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook nya pada Khamis.