KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini menyatakan pandangannya terhadap etnik Rohingya yang berada di negara ini dengan mengatakan bahawa mereka ibarat ‘kaduk naik junjung’ dan ibarat melepaskan anjng tersepit.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Rani Kulup beliau menyesal dengan tindakannya yang pernah memperjuangkan dan membantah tindakan tentera Myanmar membunuh dan menyeksa rakyat minoriti Rohingya di negara itu.

“Dulu ayah PerJuangkan Nasib Mereka Yang TerHimpit Dan Tertekan Oleh KeKejaman Junta MyanMar… Sekarang Apabila Puak Ruhingya ini sudah hidup Senang DiNegara Kita…Kita Pulok nak dimomokan nye…”

“Seperti Kadok Naik Junjong… Sedara Sedari Fikirlah Sendiri… API Dari Kecil Menjadi Kawan…Sudah Menjadi Lawan..Melepaskan Anjing *Tersepit”, tulisnya di wall FB.

Pada 2016 Rani Kulup dan beberapa NGO lain pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Myanmar di ibunegara bagi membantah tindakan tentera Myanmar membunuh dan menyeksa rakyat minoriti Rohingya di negara itu.

Selain itu mereka pernah berdemo di Masjid India bagi memperjuang nasib pelarian Rohingya. -KLBroadcast

rani

Posting asal dari FB Rani Kulup Abdullah: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3050910968306456&set=a.396402533757326&type=3&theater