KUALA LUMPUR – Isu membabitkan pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara ini perlu ditangani sebaik mungkin, tegas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan mengusir pelarian Rohingya tidak sepatutnya berlaku walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Katanya lagi isu pelarian Rohingya ini dulu dijadikan alat politik oleh sebilangan pihak namun kini setelah berkuasa, pendirian berubah.

“Islam ke mana, kemanusiaan ke mana. Meski saya faham kegelisahan rakyat tentang pelarian, namun krisis ini menguji tingkat moral dan kemanusiaan kita.”

“Ramai juga yang menyerang saya mengatakan mengapa saya harus nak bela nasib Rohingya sedangkan rakyat kita susah. Saya tidak bela selain daripada kita fikir munasabah,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook nya pada Sabtu.