KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen daripada DAP, Kasthuri Patto pertahan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom), Zafar Ahmad Abdul Ghani dan mendakwa wakil Rohingya Malaysia itu difitnah.
Kasthuri yang merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan itu memuat naik status di Facebook berbunyi:
” Zafar tidak pernah membuat tuntutan yang dituduhnya.
Betapa senangnya berkongsi berita palsu hanya untuk mengorbankan seseorang kerana ketakutan yang tidak beralasan.
Tidak pernah terlambat untuk mendidik diri kita sendiri tentang bagaimana mencari kebenaran dan membela orang yang tidak bersuara, yang tertindas dan terpinggir.
TIADA SATU orang yang mahu meninggalkan rumah ke negara lain kecuali untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Utara, Selatan, Timur, Barat
Rumah adalah terbaik.”


Kasthuri juga berkata rakyat Malaysia perlu mula berkongsi fakta mengenai isu Rohingya kerana etnik itu tidak mempunyai rumah dan diusir oleh Myanmar.