KUALA LUMPUR: Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya semakin menjadi perhatian netizen. Baru-baru ini pengguna media sosial dilihat mula mengeluarkan kenyataan mengkritik komuniti pelarian Rohingya dan menggesa Putrajaya bertindak menghantar etnik ini pulang semula ke negara asal, iaitu Myanmar.
Ia selepas permintaan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani untuk kerajaan memberi hak pendidikan kepada anak Rohingya serta surat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia menjadi tular di media sosial.
Rata-rata netizen marah dan mempertikaikan mengapakah Malaysia menjadi destinasi buat pelarian Rohingya, sedangkan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia lokasinya lebih dekat dengan Mynamar.
Netizen juga pula mendesak Putrajaya, Muhyiddin dan Menteri Dalam Negeri Negeri Hamzah Zainudin menutup pejabat UNHCR di Malaysia dengan segera.
Justeru satu petisyen dibuat untuk mendesak Putrajaya menghantar pulang kesemua pelarian ini.
Pautan petisyen: https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-hantar-balik-pendatang-rohingaya-9243ad72-526d-41d8-93d3-631a63486c4f