KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar menyediakan dana khas buat anak-anak bekas jagaan JKM Malaysia atau lebih dikenali sebagai ( Anak Kerajaan).
Menerusi satu kenyataan media Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah mendakwa, golongan itu dipinggirkan dari segala segi bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bakul makanan JKM.
“Kerajaan sedia maklum anak tak sah taraf dalam Malaysia mengikut statistik Kementerian Dalam Negeri sehingga 500,000 orang.
Sesetengah dari anak-anak ini tidak punyai kewarganegaraan. Mengapa mereka tidak dibantu?”, soal Khairul Hafiz.
Justera itu Perbak menyeru dan menggesa kerajaan memberi BPN serta bantuan khas buat anak-anak di bawah jagaan JKM di seluruh Malaysia demi meringankan beban yang dihadapi mereka.