KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan atau kelulusan Majlis Ulama Rohingya.

Penafian itu dibuat melalui hantaran di Facebook Jakim semalam.

PENAFIAN : JAKIM Tidak Terlibat Dalam Pengiktirafan atau Kelulusan Majlis Ulama Rohingya

Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut. JAKIM dengan ini MENAFIKAN terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut. Malah JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

– Unit Komunikasi Korporat JAKIM

jakim2

Tinjauan KL Broadcast hari ini mendapati Facebook Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah pun dipadam.

mur