KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, mempersoalkan di mana bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran tekanan yang diterima oleh pelarian Muslim Rohingya sekarang..

Menurutnya, umat Islam Rohingya sekarang lari dari kekejaman Junta Myanmar dan mengharapkan belas kasihan saudara seIslam mereka.

Khalid juga mendakwa dulu bekas Perdana Menteri itu mahu naikkan imej sebagai pejuang Islam namun kini senyap menyepi isu pelarian Rohingya.

“Ini semasa nak naikkan imej sebagai pejuang Islam. Bersama Hj. Hadi membela Rohingya. Tak nak dengar cakap saya, dengarlah cakap Najib si pahlawan Bugis!! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Namun iman senipis kulit bawang. Bila diuji dengan sedikit kesusahan, berterabur.. lupa habis”, kata Khalid.

khalid1
hantaran twitter Khalid Samad persoal Najib dan PAS

Sumber: Twitter YB Khalid Samad https://twitter.com/KhalidSamad/status/1253906562533318657