Oleh: Prof Dr. Abdul Muati Ahmad

MALAYSIA UNTUK WARGA MALAYSIA

Kebelakangan ini media sosial begitu hangat membincangkan isu pelarian Rohingya. Ada yg mengatakan kita tak sepatutnya membenci pelarian ini.

Saya rasa tiada pihak yg membenci pelarian Rohingya ini apatah lagi bagi kita yg beragama Islam. Cuma kita tidak suka perangai sesetengah mereka yg pengotor, tidak menghormati undang2 negara kita, tidak menghormati budaya kita dan mutakhir ini menuntut hak2 tertentu yg tidak sepatutnya dituntut oleh pelarian.

Saya rasa secara umumnya orang Malaysia bersimpati dengan nasib malang yg menimpa masyarakat Rohingya seperti mana kita bersimpati kepada rakyat Palestine, Bosnia, Vietnam, Uyghur, Kashmir, Syria dan lain2 lagi.

Tetapi tidak bermakna simpati itu perlu diterjemahkan kepada kesediaan menerima mereka masuk ke negara kita.

Ibarat kita bersimpati melihat melaratnya hidup para gelandangan di ibu kota. Kita sanggup memberi derma dan sedekah utk membantu gelandangan ini tetapi tidak bersedia mempelawa mereka datang tinggal di rumah kita.

Kenapa? Kerana rumah kita adalah untuk kaum keluarga kita. Sama jugalah halnya dgn pelarian Rohingya ini.

nangis

Atas dasar peri kemanusiaan dan persaudaraan Islam kita bersedia membantu mereka. Kita sokong mereka dlm persidangan dan forum diplomatik antarabangsa. Kita hantar bantuan material ke tempat mereka di sempadan Myanmar dan Bangladesh.

Kita pun sudah menerima kemasukan mereka ke negara kita. Di Selayang saja kita terima 3000 pelarian walhal DBKL dapati lebih 14000 sudah menyusup masuk dan tinggal di sana. Itu belum lagi kawasan2 lain di negara ini. Entah berapa puluh ribu sudah masuk ke negara kita ini.

Apakah kita perlu menerima lagi pelarian Rohingya ini? Apakah tidak cukup bantuan dan sokongan yg kita berikan selama ini? Apakah tidak cukup kemanusiaan lagikah sikap kita ini?

Saya kira apa yg kita berikan sudah memadai. Jangan mengharapkan lebih lagi. Kita sendiri pun menghadapi dugaan berat akibat Covid 19 ini. Rakyat kita sendiri sedang menghadapi kepayahan.

Pasca pandemik ini kita akan berdepan dgn keadaan ekonomi yg tidak menentu. Malaysia bukan negara kaya. Rakyat Malaysia bukan semuanya mewah.
Ramai yg terkesan dgn pandemik ini.

warga1
Lambakan warga asing di Malaysia kini mengundang ketidakselesaan dan kerisauan rakyat

Berilah ruang untuk kami memulihkan keadaan hidup kami dulu. Utamakan rakyat sendiri. Malaysia adalah untuk orang Malaysia.

Pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin dari China, India, Afrika, Bangladesh, Indonesia atau dari mana jua hendaklah dihalau keluar dari negara kita segera.

Mereka yg menjadi tekong, orang tengah atau barua yg membawa masuk pelarian dan pendatang haram ini hendaklah dianggap sebagai pengkhianat dan dihukum setimpal termasuk dilucutkan kerakyatan Malaysia. Malaysia tak perlukan pengkhianat.

proupm
Prof Dr. Abdul Muati Ahmad merupakan Penyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sumber: Facebook Prof Dr. Abdul Muati Ahmad https://www.facebook.com/abdulmuati.ahmad

Beliau merupakan Penyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM)