Seramai 348 individu termasuk dua wakil rakyat serta pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecat semalam daripada parti itu kerana melanggar etika dan disiplin.

Mereka termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Adun Batu Lintang, Sarawak See Chee How.

Pimpinan lain yang turut dipecat ialah Naib Ketua PKR Cabang Betong, Sarawak Vernon Kedit, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Nazree Mohd Yunus dan Ketua Penerangan Wanita PKR Syarul Ema Rena Abu Samah.

Hari ini Presiden PKR buka mulut mengenai isu itu dan membuat ulasan tentang tindakan KEADILAN untuk memecat dan menggantung beberapa anggota parti.

‘Cukup-cukuplah bersandiwara,” tulis Anwar di lama Facebook miliknya.

Anwar turut memuatnaik video mengenai perkara itu.

Sumber: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/