Oleh: Ahmad Iqram Mohamad Noor

Fenomena Membimbangkan: Agama BTS & Trend Terbentuknya Agama Baru

Telah sampai kepada saya beberapa tangkap layar berkaitan satu kenyataan yang melampau dari peminat KPOP kepada kumpulan penyanyi dari Korea Selatan iaitu kumpulan BTS. Sehingga mereka mendakwa sebagai penganut agama BTS, mengolah 5 rukun agama BTS, dan memanggil ahli BTS sebagai tuhan dan ibadatnya dengan menonton nyanyian kumpulan itu 5 kali sehari.

Situasi terbentuknya agama baru di dunia ini sememangnya sangat ketara dan ia berlaku saban tahun. Ada beberapa situasi dan faktornya, di sini saya cuma membahaskan secara umum kepada 2 kumpulan:

1) Agama baru yang dicipta oleh kumpulan rebalis yang anti agama, seperti terjadi kepada kebanyakan murtadis yang menghina agama bukan disebabkan mereka ada hujah dan kepercayaan kukuh kepada anutan lain, tetapi kebanyakkan adalah mereka memiliki pengalaman buruk dengan orang agama (trauma) dan juga ada masalah picisan lain yang menganggu sehingga mengambil tindakan untuk memberontak dan melawan arus dengan penghinaan dengan mencipta agama lain.

-Bagi kumpulan ini ia diketegori sebagai agama parodi yang majoriti dipelopori oleh kumpulan ateis. Contoh agama baru yang terjadi dari sikap ini adalah Pastafarianisme, Landover Baptist Church, Kopimisme, Satanisme.

2) Agama baru yang dicipta oleh kumpulan peminat tegar dan terlalu fanatik kepada sesuatu kumpulan dan individu. Sikap fanatik dan pengharapan sehingga mewujudkan agama dari minatnya itu mengisi kekosongan ta’abbudi dengan menyembah apa yang sebati dengan perasaan mereka.

– Bagi kumpulan ini ia diketegori Kultus Personaliti seperti pemujaan kepada pemimpin, seperti berlaku di Korea Utara (Kim Il Sung & Kim Jong Il), pemujaan pemimpin dalam kerajaan Komunis China (Mao Zedong).

– Bagi bentuk Kultus Personaliti yang kompleks seperti sebuah agama, yang pernah wujud adalah Iglesia Maradoniana (gereja pemuja Maradona), Rastafarianisme (pemuja Raja Halie Salesie I kerana pengharapan yang melampau), Jediisme (ketaksuban kepada movie Star Wars).

Agama BTS Cabang Mana?

Sukar untuk diketegorikan berdasarkan kepada kenyataan ringkas oleh kumpulan fanatik BTS ini. Saya secara peribadi melihat ia lebih kepada kumpulan yang pertama (agama parodi) berdasarkan dari sindiran 5 rukun agama BTS dengan menyindir 5 rukun Islam, dan sindiran solat 5 waktu diganti menonton nyanyian kumpulan ini serta penghinaan kepada nabi-nabi dengan mengatakan artis mereka lebih ganteng dari nabi Adam dan nabi Muhammad, lagu BTS lebih merdu dari azan, pakaian BTS lebih mahal dari serban dan sebagainya.

bts

Ini adalah sikap yang jelas dari peminat KPOP yang memiliki pengalaman buruk atau trauma dengan mana-mana muslim disekitarnya seperti sikap yang terjadi kepada penganut agama parodi di luar negara.

Inilah antara fenomena yang saya bimbang iaitu kewujudan agama parodi. Ia menghakis nilai kesopanan dan penghormatan kepada agama-agama. Mereka lebih bersifat menghina dan menyindir dengan membawa elemen-elemen agama di dalam sindiran mereka.

Apa Tugas Kita?

Telah terbukti budaya hedonisme telah berjaya mengisi kekosongan jiwa anak muda dan membina sikap yang terlalu fanatik terhadapnya. Akan tetapi jika ia disusuli dengan kumpulan rebalis dan dicampuri dengan peminat fanatik, untuk ia menjadi sebuah agama baru (agama personaliti) dan ia adalah tidak mustahil, dan peminat mereka akan menyembah artis mereka dengan sebenar-benarnya dan bukan lagi berbentuk sindirian (agama parodi).

3
 kita perlu mengekang dari anasir ideologi ini terus berkembang

Peranan kita bersama adalah:

1) Isilah perasaan taksub di dalam diri anak-anak kita kepada ikon yang sebenar iaitu nabi Muhammad S.A.W.

2) Selalu sedarkan kepada anak muda tentang realiti dunia ini dan tujuan kehidupan yang sebenar kita dilahirkan di dunia ini. Disini peranan memperhebatkan program ilmu dan ilmiah.

3) Dakwahlah kepada mereka dan santuni anak muda muslim kita dengan lemah lembut. Sentuhlah hati mereka, jika perlu dihujah dan ditegur maka tegurlah dengan baik bukan dengan cacian dan makian.

4) Memohon agar pihak Kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk mengekang dari anasir ideologi ini terus berkembang.

5) Kepada agamawan dan rakan-rakan saya, jadilah kita orang yang berhujah dan matangkan pelajar dan rakan-rakan kita dengan penghujahan yang beradab.

Ahmad Iqram Mohamad Noor
Penyelidik Senior Multiracial Reverted Muslims (MRM)

https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/?__tn__=kC-y.g&eid=ARCcj7swRsm1X7Z8el8DPCk7dYPKfOhkhG2Ou0Ef1dyTYW9KDWBLZKOvs8Yq51MIyXjFtNpK8fqPbBby&hc_ref=ARTqxPH09r4LiqiIl0_QsvddBTHwvvN1RXqx18VOefbs9SwrAsrg4p-krENH-HHjP38&fref=nf&__xts__%5B0%5D=68.ARB2gpHg8-QfzhQAe7Rpm61tRm-38aqZdVhw3pGUMGA_HeTkgqqf4uddjBPRSNPyfnlgGIuiBG7v1L3j62Z25M5D9nDEXhYRG-07Ce3Zv2ds2Se4h88znvy9hSC1vHil-WAl-XnFqfqJO51dpX_eMEX0CntYxjKSQmmPShsKFlo8VA_xa-u-KK9Gn1jAGaFFH_X4u6HTRwN7OFjQT0uBL7YKHKQfmxsqWun9zFUooh6RI2P8JnRwWoa-lP4Ens_h2bMyLTMgSmC_KNJk8FyWLrOLG1hOi9YXFAu4xbCsqEJb6mVvuS18ov3NKIOJe-vLRFbVGZzmTIHXBkd6gZ_M3ypAdGd9Jbb5h3fpoRibTHGtdySNb3k