PERUTUSAN PRESIDEN Parti PUTRA Sempena Ulangtahun Pertama Putra 8 Mei 2020

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

1. Syukur kita pada Allah SWT dengan limpah rahmat dan keberkatanNya hari ini 8 Mei 2020 genaplah satu tahun usia Parti Bumiputra Perkasa Malaysia atau PUTRA.
Parti PUTRA berlogokan TANJAK lambang kepahlawan dan budaya Melayu Pribumi. PUTRA lahir dari roh inspirasi beberapa kepimpinan perjuangan NGO PERKASA yang lebih 10 tahun menongkah Perjuangan Bangsa dan bukan Parti Serpihan yang lahir dari tulung rusuk mana-mana Parti yang pecah akibat perebutan kuasa. Ianya lahir dari semangat roh idealisma perjuangan nasionalisma Pribumi yg benar-benar patriotik.

2. Sejarah telah terpahat pada 28 Sept 2019, PUTRA di lancarkan di Padang Kampong Baru, Kuala Lumpur di hadapan hampir 3 ribu ahli-ahli Putra fasa pertama dari seluruh negara dan para tetamu. Kampong Baru dipilih kerana ianya begitu sinonim dgn kebangkitan umat melayu memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

3. Sempena dengan Pelancaran Putra pada tanggal tersebut yg penuh bersejarah secara simbolik dengan paluan Geduk dan laungan Azan sebagai tanda kebesaran serta kekuasan Allah SWT yang menjadi pegangan keyakinan para pejuang PUTRA agar tidak lupa daratan. Sesungguhnya Solatku Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah SWT dan Parti Putra adalah wadah untuk setiap insan sebagai khalifah di muka bumi berada dalam jemaah bagi ibadah serta jihad demi kelangsungan perjuangan amal makruf nahi mungkar dan mengangkat martabat Islam serta survival Melayu Pribumi yang semakin tergugat di bumi sendiri Malaysia Negara yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu. Perisytiharan Sumpah Keramat 10 Perkara Perjuangan Putra juga dizahirkan sebagai kemuncak Pelancaran Putra. 10 Perkara yg merangkumi tonggak Survival Melayu Pribumi yg akan memastikan selagi dunia belum kiamat, jangan BUMI KITA DI PIJAK ORANG. 100 ribu naskah SUMPAH KERAMAT PUTRA INI SUDAH EDAR DI SELURUH NEGARA. Sewajarnya Umat Melayu Pribumi wajib memberi sokongan membujur lalu melintang patah .

4. 63 Tahun Negara Merdeka, Malaysia telah membangun dgn prasarana yg hebat namun kedudukan Melayu dan Pribumi makin cemas merempat di bumi sendiri. Walaupun melayu pribumi dengan majoriti 67% sebagai rakyat Malaysia namun nikmat kemerdekaan menjadi milik orang.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu menjadi lebur dan Sosial Kontrak Fasal 151 152 153 Perlembagaan menjadi bahan retorik serta gurindam jiwa. Setiap Dasar sudah tersasar jauh dan dilebur oleh pemimpin melayu pribumi sendiri kerana permainan politik mencari undi yang akhirnya MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI. Budaya Melayu dan Islam yg bersifat tolak ansur akhirnya memakan diri sendiri.

5. Mutakhir ini berbagai gelora berlaku. Gelora dan ribut politik yang menghampakan umat melayu dan pribumi lah yang mencetus kelahiran Parti PUTRA pada 8 Mei 2020 kerana kecewa dengan Parti Melayu serta Parti Islam yang sekian lama wujud dan berkuasa namun akhirnya tersungkur lalu mengecewakan bangsa sendiri. Pemimpin-pemimpin mengaut kekayaan, kehidupan mewah dan kehilangan integriti kerana rasuah, salahguna kuasa, bergelombang dengan isu moral dan akhlak yang akhirnya hipokrit dengan slogan Hidup Melayu Hidup Melayu, Laungan Takbir tetapi menjuruskan sifat munafik yg sekadar retorik. Tidak perlu dihurai satu persatu kerana ianya sudah menjadi Hikayat Seribu Satu Malam bagi Umat Melayu Pribumi. Kaum lain yang minoriti serta dulu pendatang semasa penjajah bersifat megah dan angkuh. Ibarat diberi betis mahukan peha, ibarat hujan naik ke langit.

6. Dari debu-debu kekotoran politik inilah PUTRA lahir membawa cahaya seribu dan makna. Ianya ibarat sebutir permata dalam tasik yang penuh buaya dan naga. Para Pengasasnya kerdil tapi berjiwa kental. Jiwa patriotisma dan jati diri sudah teruji. Berkayuh dengan lidi dan kehausan tanpa air. Namun kecekalan pengasas jemaah pimpinan dari berbagai lapisan diperingkat Dewan Tertinggi atau ADT yg terdiri dari tokoh-tokoh politik berpegalaman, bersih, berintegriti, berani dan cekal seperti Timbalan Presiden Tan Sri Dato Khalid Yunus, Tokoh politik, pengamal undang-undang berpegalaman, tokoh akedemik bertaraf Profesor, mantan jeneral, persara tinggi kerajaan, para profesional Doktor Perubatan, Akitek,
Perancang bandar, Akuantan, ahli-ahli perniagaan dan usahawan seramai 35 orang tokoh pasti dapat merialisasikan perjuangan getir dan berkualiti melalui wadah PUTRA yang mampu menjadi pilihan terbaru sebagai Parti untuk seluruh kaum melayu serta pribumi Malaysia dan juga rakyat malaysia umumnya. Ianya Parti Rasis Berperlembagaan dan kaum-kaum lain nescaya akan turut memberi sokongan jika Kepimpinan PUTRA telus, bebas rasuah, berintegriti, berwawasan, amanah dan bersifat adil. Putra tidak akan memalukan bangsa sendiri dan diketawakan oleh lain-lain kaum seperti parti-parti lain kerana cakap lain buat lain. PUTRA sebagai Parti politik akan berpolitik namun akan mengelak dari amalan cara menghalalkan matlamat jika ianya bertentangan dengan prinsip moral dan ajaran Islam. PUTRA tidak akan menguna nama melayu tapi jual melayu dan menguna Islam sebagai bahan dagangan utk tujuan politik yang boleh merosakan akidah serta kesucian Islam.

7. Syukur kehadrat Illahi, sepanjang setahun Putra dilahirkan, sambutan dan sokongan amat luar biasa dikalangan umat melayu pribumi. Sokongan senyap yg membawa kepada penubuhan 106 Bahagian seluruh negara tidak termasuk Sarawak walaupun ada permohonan setakat ini. Semua Negeri sudah wujud Jawatan Kuasa Perhubungan Penaja Negeri di Semenanjung dan Sabah. Di Sabah terdapat Ketua-Ketua Penaja Bahagian dari ethnik pribumi yg bukan beragama Islam. Ianya amat membanggakan.

Penubuhan sayap-sayap Wira Wiranita dan Wirawati berjalan serentak dan cawangan-cawangan tumbuh seperti cendawan.

8. Kerancakan penubuhan Bahagian, Sayap-sayap dan Cawangan yang lain terkesan akibat serangan Covid 19. Jika tidak kerana Covid 19 datang mendadak, PUTRA menjangkakan Perhimpunan Agung Pertama dijadualkan pada hujung November atau awal Disember 2020. Nampaknya terpaksa di pinda sebagaimana jadual asal.

9. Malah sempena Perayaan Setahun PUTRA sememang rancangan telah diatur untuk Program KONVENSYEN KEPIMPINAN NASIONAL PERTAMA PUTRA dengan jangkaan 1500 orang perwakilan dan MAJLIS MAKAN MALAM SETAHUN PUTRA untuk mengisi Tabung Dana PUTRA pada 30 Mei 2020 iaitu seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri di Stadium Pusat Belia Antarabangsa Cheras disebelah siang dan Stadium Taman Titiwangsa pada waktu malamnya pula. Malah bayaran tempat juga sudah dibuat serta kad-kad jemputan sudah di cetak dan ada yg sudah teredar. Akibat Covid 19 dan PKP, ianya terpaksa ditangguhkan sehingga dibenar oleh pihak berkuasa dan ROS. Insya Allah.

10. Negara dalam keadaan bahaya akibat Covid 19. Ianya meragut nyawa dan membunuh perniagaan. Seluruh dunia terancam termasuk Malaysia. Ekonomi kian gawat dan rakyat kehilangan pekerjaan serta perniagaan. Negara kita Malaysia lagi tenat kerana di himpit oleh lain-lain masalah dan isu-isu yang amat serious termasuk isu perkauman dan pendatang asing tanpa izin. Negara ibarat telur di hujung tanduk. Kesetabilan politik terancam kerana Kerajaan yg di namakan Kerajaan PN (belum ada kelulusan ROS) adalah Kerajaan yg disebut sebagai kerajaan pintu belakang walaupun sah di sisi undang-undang tetapi tidak sah disisi moral dan maruah. Cakap-cakap kerajaan tidak lama, kerajaan boleh tumbang bila-bila masa dan pakatan rapuh puak kumpulan dalam PN tidak baik untuk negara. Ianya tidak memberi keyakinan kpd pelabur-pelabur dan boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara. PUTRA pada awal-awal lagi berpendirian PRU hendaklah diadakan bagi membolehkan rakyat menentukan mandat baru. PUTRA telah mengeluarkan kenyataan rasmi memohon dan ampun perkenan DYMM YDP Agong agar membubarkan Dewan Rakyat dan PRU diadakan kerana berlaku lompat melompat di kalangan ahli-ahli Parlimen. Ianya ibarat penyakit yang kekal tanpa kesembuhan jika tidak dikembalikan melalui mandat rakyat.

11. Covid 19, Kerajaan yg di pertikaikan dan banyak lagi isu-isu lain yang bertimbun.Terkini isu pekerja asing, pati , pelarian rohingya, pelancong cina dan india yang tidak pulang sudah menjadi barah kepada keselamatan negara. 5Jumlah keseluruhan lebih 7 juta bukanlah angka yang kecil dan amat mengerunkan. Disusuli pula dengan isu penjualan Mykad yang merupakan perbuatan kianat dan derhaka kepada negara kerana sogokan wang ringgit. Isu kaum makin tegang, isu penghinaan terhadap Islam, Raja-Raja Melayu dan terhadap umat melayu. Isu-isu sosial termasuk kehilangan pekerjaan dan pengangguran, pencabulan terhadap Asas Perlembagaan Negara serta lain-lain perkara bertali arus yg mengugat negara.
Putra amat bimbang apakah kepimpinan politik negara sekarang mampu menangani kelangsungan hidup rakyat dgn selamat, makmur dan keselamatan serta keamanan negara terjamin. Ibarat kata pepatah ‘sediakan payong sebelum hujan’, maka PUTRA menaruh harapan dan keyakinan penuh kepada kebijaksanaan, kewibawaan dan ketegasan peranan DYMM YDP Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu sebagai tonggak dan payong negara. Jika keadaan makin tidak terkawal dengan suasana politik yang ada, maka pilihan terakhir ialah meletakkan negara di bawah ‘Peristiharan Darurat’ secara sukarela sebelum nasi menjadi bubur. Perisytiharan Darurat selama 3 tahun sebelum kembali semula kepada Sistem Demokrasi Ber-Parlimen untuk PRU 15. Peristiharan Darurat bererti menyerahkan kuasa pentadbiran negara dibawah MAGERAN seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu. Parlimen digantung dan Parti-Parti Politik dibekukan atau lockdown selama 3 tahun. Masa 3 tahun ini digunakan untuk kembali semula ke ‘papan hitam atau drawing board’ bagi membuat pembetulan serta mencari penyelesaian terhadap semua masalah negara. Masalah negara yang dihadapi kini tidak mungkin boleh diselesaikan dengan kepimpinan politik yang kehilangan wibawa dan melalui peti undi. Negara memerlukan pembedahan bagi mengubati penyakit yg makin parah. Apakah mungkin selepas MAGERAN, apabila kembali kpd Demokrasi Ber-Parlimen, sudah tiba masanya Malaysia mengamalkan “SISTEM DUA GABUNGAN PARTI” dimana Dasar-Dasar Nasional di dokong oleh Dua Gabungan Parti bertunjangkan Perlembagaan Negara yg tidak boleh lagi disentuh atau digugat perkara-perkara Asas Negara. Politik dan kebebasan adalah untuk persaingan memilih mana satu antara 2 gabungan parti untuk rakyat pilih Parti berwibawa yang menjamin “good governance” dan program-program pembangunan ekonomi serta lain-lain, mana yang terbaik dan calon-calon yang diyakini pengundi. Sebelum ini dan sekarang, terlalu banyak masa terbuang dan kewangan negara banyak membazir. Cadangan PUTRA untuk bersama semua pihak berfikir secara rasional demi masa depan rakyat berbilang kaum dan kestabilan politik negara.

12. Malaysia pada asalnya Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-Negeri Melayu kepunyaan Raja-Raja Melayu di bawah panji-panji Islam. DYMM YDP Agong adalah Ketua Negara dan Islam Agama Persekutuan. Namun dipertikai dan dibahas apakah Malaysia Negara Islam atau Negara Sekular.? Sudah tiba masanya dengan mengambil kira sejarah Negeri-Negeri Melayu dan pembetukan Persekutuan Tanah Melayu yang berteraskan Islam dan rakyat Malaysia 67% adalah umat Islam Pribumi, adalah amat wajar Malaysia diisytiharkan secara rasmi dan berpelembagaan sebagai SEBUAH NEGARA ISLAM. Pindaan Perlembagaan wajib di buat dengan memasukan perkataan diawal Mukadimah Perlembagaan, bahawa Malaysia adalah Negara Islam dan Islam Agama Persekutuan. Perdana Menteri wajib dan haruslah seorang melayu beragama Islam sesuai dengan Ketua Negara adalah DYMM YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing masing. 50% bumi Malaysia adalah Tanah Rezab Melayu, penduduk 67% adalah melayu islam pribumi, askar melayu benteng negara dan bahasa melayu bahasa kebangsaan negara, maka Malaysia wajar di istihar sebagai Negara Islam secara rasmi dan berpelembagaan. Inilah tunjang dan paksi Perjuangan PUTRA biar putih tulang, jangan putih mata.

Allahuakbar.!!
Ingat Islam Ingat PUTRA
Ingat PUTRA Ingat Melayu
Ingat Pribumi Ingat PUTRA

SELAMAT MENYAMBUT SETAHUN PUTRA. GENGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali (Adijagat)
Presiden PUTRA

8 Mei 2020, Jumaat
15 Ramadhan 1441H