KUALA LUMPUR – Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatian Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Bantuan itu akan disalurkan kepada semua rakyat yang layak bermula akhir bulan April dan Mei 2020.
Dan sehingga hari ini sebanyak 2.3 juta permohonan baru telah diluluskan.
Namun di media sosial hari ini ada di kalangan netizen meluahkan rasa kecewa kerana rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka ditolak atas alasan yang tidak munasabah bagi mereka.
Tinjauan di Facebook mendapati ramai orang yang mengadu permohonan BPN mereka ditolak kerana mereka ada mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Antara alasan rayuan ditolak adalah kerana pemohon atau pasangan pemohon turut mendaftar SSM, sedangkan perniagaan dijalankan adalah kecil-kecilan dan ada juga yang sudah tidak aktif.
Malah ada juga pasangan yang mempunyai SSM tetapi dapat BPN.



Sehubungan itu, netizen meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia menyemak semula kriteria kelayakkan supaya tiada yang tercicir gara-gara alasan SSM. -KL Broadcast