Kuala Lumpur, 11 Mei 2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini telah meneruskan Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran di 4 lokasi sekitar Jalan Dwi Tasik, Bandar Tun Razak; Jalan Horley, Jalan Khoo Teik Ee dan Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan melibatkan 1 buah premis Cucian Kereta yang dikendalikan oleh warga asing dan tiada lesen sah dari DBKL dan tindakan sita peralatan perniagaan telah dilaksanakan.

5 buah premis perniagaan melibatkan kedai runcit dan barangan basah yang dikendalikan warga asing turut ditutup / disita serta merta.

Kesemua barangan peralatan perniagaan yang di sita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong bagi tujuan proses dokumentasi.

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP DBKL di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumber: Facebook DBKL