Oleh: Malaysian Sign Language – Bahasa Isyarat Malaysia

Siapakah Tan Lee Bee yang sering di ketawakan bermain “TikTok” di sebelah Perdana Menteri? Tak patut diperlakukan begitu. Sangat tidak patut. Ini bukannya perkara boleh buat lawak!

Sedih dengan segelintir rakyat Malaysia yang menganggap ini sebagai hiburan. Belum pernah mengalami ahli keluarga cacat pendengaran dan tak boleh bertutur agaknya mereka semua ni.

Berbalik pada gambar ini, inilah Jurubahasa Bahasa Isyarat Malaysia. Peranannya adalah menjadi “telinga” Orang Pekak dan terjemahkan kepada Bahasa Isyarat agar komuniti kami dapat memahami apa yang berlaku. Kami pun inginkan maklumat dan info penting dapat disampaikan terus.

Bayangkan anda melihat TV, Movie, YouTube dll tanpa sarikata dan setkan suara TV tu dalam mod “mute”, adakah anda dapat mendengar apa-apa suara dan faham apa yang rancangan anda lihat tu kata apa? Tak faham? Begitulah orang Pekak!

Sedikit berkenaan Jurubahasa Isyarat, Tan Lee Bee.

Beliau merupakan salah seorang Jurubahasa Isyarat yang berkhidmat lebih 25 tahun di RTM, Lee Bee memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986.

Selain Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul untuk menyampaikan perutusan khas di kaca televisyen, wajah ini juga sering β€˜menemani’ beliau di bahagian bawah sudut kanan skrin sebagai jurubahasa isyarat.

Itulah Tan Lee Bee yang turut kerap muncul dalam siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi segmen Nasional 8.

Meskipun hanya muncul di sudut kanan televisyen, peranannya amat penting dalam memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti pekak dan bisu memahami mesej yang disampaikan serta perkembangan semasa lain.

TERIMA KASIH atas khidmat anda, PUAN TAN LEE BEE.πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

tan
TAN Lee Bee, Jurubahasa Isyarat yang menjalankan kerja sebagai penyampai menggunakan bahasa isyarat. FOTO NSTP

Sumber: https://www.facebook.com/MalaysianSignLanguage/?__tn__=KH-R&eid=ARCs9yfWGaigSVd8uMunWOvdWtQ6JVOiiQ3_R-HWzDwKcKlaxM1V9dzM7AUGZM7fbY1iNnONoQ_0kLqX&fref=mentions