Skip to content
  • Home
  • Contact
  • Home
  • Contact
  • Search

KL BROADCAST MEDIA

Our News, Your Views

Uncategorized

Perokok lebih mudah dijangkiti COVID-19: WHO

Date: May 13, 2020Author: klbroadcast 0 Comments
Golongan perokok lebih mudah terdedah dan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang tidak merokok, menurut kajian pakar kesihatan awam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Anadolu.

“COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang paru-paru,” kata WHO dalam satu kenyataan.

WHO turut memberi amaran kepada penyelidik, saintis dan media yang menguatkan dakwaan kononnya tembakau atau nikotin dapat mengurangkan risiko COVID-19.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa kajian menunjukkan jumlah orang yang tidak merokok lebih ramai dijangkiti COVID-19 berbanding perokok.

Kajian saintis Perancis yang dimuat naik dalam portal Qeios pada akhir April mengatakan, merokok boleh menjadi faktor dilindungi dijangkiti COVID-19.

Menurut penyelidik itu hanya lima peratus daripada 482 pesakit COVID-19 di hospital Pitie-Salpetriere di Paris pada 28 Februari-9 April adalah perokok.

Sementara itu, dalam kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada akhir Mac, mendedahkan hanya 12.6 peratus dari 1,099 orang dijangkiti virus itu terdiri mereka yang merokok. Kadar merokok di China sekitar 28 peratus.

Menurut WHO, tembakau membunuh lebih lapan juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Lebih tujuh juta kematian disebabkan penggunaan tembakau secara langsung dan sekitar 1.2 juta akibat terdedah kepada asap rokok.

Justeru, inilah masanya perokok mengambil peluang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghentikan tabiat merokok.

Di samping itu, berhenti merokok juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian sepanjang tempoh PKP. Jimat wang, kesihatan lebih terjamin!

Share this:

  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
Like Loading...

Related

Unknown's avatar

Published by klbroadcast

We write and share the view and opinion of Malaysia people View all posts by klbroadcast

Post navigation

Previous Previous post: (VIDEO) Parlimen Tiada Sidang, Perbahasan Tak Tepati Syarat – Tun M
Next Next post: Polis tahan lima pemegang kad UNHCR

Leave a comment Cancel reply

© 2026 KL BROADCAST MEDIA

Blog at WordPress.com.

  • Comment
  • Reblog
  • Subscribe Subscribed
    • KL BROADCAST MEDIA
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • KL BROADCAST MEDIA
    • Subscribe Subscribed
    • Sign up
    • Log in
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d