Persidangan DUN Melaka pada Isnin bukan saja menyaksikan insiden kontroversi mengenai penggantikan speaker, malah diwarnai dengan aksi anggotanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Norhizam Hassan Bakte bertekak dengan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) dan kemudian video yang merakamkan Norhizam memanggil Low ‘babi’ dan Low menggelarkan pengkhianat kemudian menjadi tular di media sosial.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian di DUN Melaka itu amat memalukan dan lebih dikesalkan apabila tindak-tanduk pemimpin-pemimpin terlibat itu tidak ditegur oleh pimpinan parti masing-masing.

Sesi Facebook Live (14 Mei 2020) Anwar Ibrahim
“Ini bulan Ramadan, kita tahan lapar dan dahaga tapi tidak tahan nafsu serakah kemarahan. Ini saya dukacita.
Orangnya itu pun tentunya didikannya rendah sedikit, pandai pun tidak, namun menang pilihanraya. dia menang, dia jerit,” katanya dalam satu live FB hari ini.
Anwar mengaku beliau pernah memberi amaran keras kepada seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat kerana mengeluarkan perkataan kesat kepada seorang pemimpin UMNO kerana kurang senang dengan sikap begitu.
Beliau berkata, pemimpin yang tidak ada fakta sahaja yang menjerit-jerit benda-benda yang mengaibkan seperti perkataan babi dan celaka.
Lantaran itu, Anwar menitip pesanan kepada masyarakat supaya jangan mencontohi perkara negatif yang ditunjukkan oleh wakil rakyat seperti maki dan melontarkan bahasa kasar. -KL Broadcast
Sumber: Live FB Anwar Ibrahim