Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyatakan ketidakpuasan hati apabila sidang Parlimen diadakan hanya sehari pada 18 Mei ini.

Beliau menyifatkan hal tersebut tidak mencerminkan kewibawaan dan sikap demokrasi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa, Perikatan Nasional terus menunjukkan sikap rakus dengan menjatuhkan beberapa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan termasuklah terkini di Kedah.

“Sekiranya Parlimen tidak dijadikan medan terbuka yang berkesan untuk menunjukkan keberkesanan sistem demokrasi dalam negara, adakah ini bermakna bahawa jalan raya bakal menjadi medan penentu selepas ini?”, soalnya.

Susulan itu, kenyataan ‘turun jalan raya’ oleh Mat Sabu mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi hantarannya di Facebook, Najib mempersilakan Mat Sabu untuk turun ke jalan raya serta memberi beberapa ‘nasihat’ kepada Menteri Pertahanan itu

“Dipersilakan. Jangan lupa pakai face mask dan basuh tangan selepas guling. Depa ugut nak guling-guling kat jalanraya kerana parlimen tak berlangsung lebih sehari pada 18 Mei ini.

“Depa tak mampu tunggu sesi parlimen berlangsung 15 hari pada 13 Julai ke?”, katanya.

Sumber: Facebook Najib Razak

najibfb