Kuala Lumpur, 18 Mei 2020 –
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini meneruskan lagi Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran di 2 buah lokasi sekitar Flat PKNS Jalan Tun Razak dan Jalan Khoo Teik Ee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tindakan penguatkuasaan termasuk 6 notis penutupan premis serta merta dan sita pelbagai barangan serta peralatan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran sah dari DBKL telah dilaksanakan susulan aduan yang diterima melalui rangkaian media sosial dan maklumat awam.
Tindakan melibatkan 2 buah kedai runcit, 2 buah restoran dan 2 premis aksesori telefon. Kesemua premis ini dikendalikan oleh warga asing dengan menyalahgunakan permit pekerjaan bukan sektor yang dibenarkan. Barangan yang telah disita di hantar ke Setor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasi.
Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP DBKL di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan dan pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur