Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, 31 Mei 2020 – Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terus dilaksanakan oleh DBKL di kawasan ini bagi memastikan ianya terhindar daripada kegiatan oleh warga asing.

Pada hari ini di Jalan 6/3A, DBKL mendapati masih terdapat bukan warganegara yang menjalankan perniagaan di siar kaki hadapan lot kedai 29G.

Mereka bertindak meletakkan bakul-bakul berisi pelbagai jenis sayuran dan buah buahan di kaki lima hadapan kedai tersebut.

Tindakan sitaan terus dilaksanakan ke atas barangan warga asing ini yang menggunakan pengenalan diri kad UNHCR.

#SayangiKualaLumpur
#WeLoveKualaLumpur
#KualaLumpurKitaPunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome

Sumber: Facebook DBKL