Terengganu- Pelbagai cara ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat nasionalisme dan kecintaan kepada negara sempena sambutan Hari kebangsaan setiap tahun.
Tema tahun ini ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian yang cukup mendalam dengan perkataan ‘Malaysia’ menggambarkan kerjasama seluruh rakyat di negara ini yang berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Walaupun dengan pandemik Covid-19, kelainan dalam menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-63 menerusi Program Merdeka Dive 2020 apabila mengibarkan Jalur Gemilang di dasar perairan Pulau Lang Tengah Terengganu pada 20 Ogos Lepas.
Ianya diadakan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan dan langkah berjaga-jaga.=
20 penyelam skuba ‘berlegar-legar’ di dasar laut dengan Jalur Gemilang di tangan masing-masing sambil menikmati aktiviti sukan itu dan pada masa yang sama merakam momen bersejarah itu untuk kenangan.
Aktiviti berlangsung 20 Ogos lalu itu dianggap tradisi acara mengadakan sambutan sedemikian di Pulau Lang Tengah Terengganu.