KUALA LUMPUR: Status Tanah Rizab Melayu (TRM) tidak perlu dibatalkan walaupun kawasan itu mempunyai infrastruktur awam kerajaan, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.
Ini kerana, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), entiti yang memiliki tanah yang dibangunkan infrastruktur awam bagi kerajaan diiktiraf sebagai Melayu di setiap negeri berdasarkan semua enakmen TRM.
“Selaras dengan Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkaitan pelupusan dan pengurusan tanah dan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.
“Tindakan pewartaan dan pembatalan sesuatu tanah rizab Melayu oleh Pihak Berkuasa Negeri perlulah selaras dengan Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing dan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan di mana setiap tanah rizab yang dibatalkan perlulah diganti dengan saiz dan keadaan yang ”, katanya menjawab kepada soalan di dewan rakyat.
Menurutnya lagi, pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berpegang dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan tanah rizab Melayu dan berharap bahawa Pihak Berkuasa Negeri mengikuti peraturan-peraturan yang sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai tanah rizab Melayu iaitu Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.
“Apa-apa perkara yang berkaitan data-data Tanah Rizab Melayu dibincangkan oleh pihak Kementerian dan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia yang diurusetiakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber
“ Urusan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri masing-masing mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu negeri masing-masing.
Walaubagaimana pun menurutnya lagi perkara ini masih tertakluk kepada dasar-dasar yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri masing- -KL Broadcast