SPRM melalui Ketua Pesuruhjaya badan berkenaan, Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi berkaitan isu pandora papers.

Datuk Seri Anwar sebelum ini menggesa parlimen untuk membahaskan Kertas Pandora tetapi tidak dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

AMK Malaysia, Melaui Ketuanya YB Akmal Nasir merakamkan penghargaan kepada SPRM atas respon berkaitan ‘Pandora Papers’ walaupun ia agak sedikit lewat.

Namun selain Datuk Seri Anwar, SPRM sepatutnya bersedia untuk mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar persisir antaranya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa individu lagi menurut AMK lagi.

Kertas Pandora merujuk kepada pembocoran dokumen milik firma perkhidmatan kewangan yang memudahkan orang kaya dalam menubuhkan dan menguruskan entiti luar pesisir. Dokumen tersebut didedahkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

AMK juga dalam pada itu menggesa siasatan telus dalam kadar segera oleh SPRM berkaitan pendedahan tersebut serta memanggil individu yang berkaitan dalam kadar segera.

AMK juga berharap SPRM tidak menggunakan kuasanya untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat sebaliknya fokus kepada isu yang dibawa.