KUALA LUMPUR- Calon PKR DUN Opar, Meneng Biris menyampaikan mesej dan polisi matlamat beliau untuk membantu kebajikan dan pembangunan penduduk di DUN Opar dalam PRN Sarawak Ke-12.

Dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, dimana pendapatan utama keluarga adalah daripada hasil pertanian dan ala ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, Meneng bertekad untuk membangunkan kawasannya.

“Jika saya diberikan mandat oleh rakyat, saya berhasrat untuk membangunkan Opar sebagai Hub Pertanian & Penternakan. Saya akan berusaha untuk membantu usahawan kecil untuk menghasilkan produk pasaran tempatan termasuk nanas, sacha inchi dan cempedak untuk ekspot.

“Selain daripada itu saya akan berusaha untuk memastikan Opar dibekalkan dengan bekalan paip air terawat, elektrik, jalan perhubungan dan internet yang sempurna.

“Saya akan berusaha memastikan kebajikan Ibu Tunggal terbela melalui program kebajikan dan memperkasakan golongan ibu melalui program perniagaan & penternakan ayam,”katanya.

Menurut Meneng lagi, pembangunan sektor pelancongan di Opar menjadi fokusnya bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk belia Opar melalui program pelancongan yang melibatkan sektor pertanian, ‘pelancongan tepi sawah padi’, ‘homestay Opar’ dan ‘Eco-Tourism’.

Selain daripada itu Meneng juga berjanji akan berusaha untuk memastikan Opar dibekalkan dengan bekalan paip air terawat, elektrik, jalan perhubungan dan internet yang sempurna.

PRNSARAWAK