Terengganu- pelayan wanita sebuah restoran air buah yang videonya tersebar di media sosial hujung minggu lalu berada dalam keadaan tertekan dan terpaksa menyendiri apabila tidak tahan dikecam orang ramai terutama netizen.

wanita berusia 32 tahun tersebut terpaksa menyahaktifkan akaun media sosialnya walaupun telah mengumpul lebih 300,000 pengikut akibat diserang netizen dan isteri isteri yang geram.

Beliau yang sebelum ini menjadi pelaris restoran tersebut terpaksa bercuti sejak kelmarin selepas premis tersebut diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu JHEAT.