“Kakitangan JASA merupakan ‘The Last Mile Communicators’,” ini merupakan antara kenyataan YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang hadir di Majlis Silaturrahim Bekas Kakitangan
Jabatan Hal Ehwal Khas Malaysia (JASA) selaku tetamu kehormat.

Menurut beliau lagi, Kakitangan JASA merupakan mereka yang berada di barisan hadapan dalam
menyampaikan maksud dan hasrat kerajaan dalam bahasa yang mudah diterima masyarakat. Mereka
juga mampu untuk menyelami denyut nadi rakyat bagi mendapat maklum balas mengenai inisiatifinisiatif Kerajaan.

Majlis ini merupakan julung-julung kali diadakan setelah jabatan ini dibubarkan oleh Kerajaan Pakatan
Harapan pada Oktober 2018 melalui satu mesyuarat kabinet.

Keputusan tersebut telah mengakibatkan sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai lebih daripada 1,000 orang kakitangan dan telah beroperasi hampir 60 tahun ditutup begitu sahaja menyebabkan berlaku
kepincangan dalam penyampaian maklumat Kerajaan kepada rakyat secara berkesan.

Kerajaan juga gagal mendapat maklum balas daripada rakyat mengenai dasar dan polisi yang baharu sehingga
mengakibatkan penolakan oleh rakyat. Lebih malang lagi apabila keputusan tersebut juga telah mengakibatkan lebih daripada 700 orang kakitangan bertaraf kontrak kehilangan punca pendapatan.

Walaupun setelah hampir 4 tahun berlalu, sebilangan besar bekas kakitangan pekerja JASA masih berharap mereka diterima semula bekerja dan seterusnya membantu kerajaan yang sedia ada dalam segala perkara.