Hujan berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini di Sekijang telah
menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat khususnya di kawasan rendah seperti
Pogoh, Pemanis, Paya Besar dan beberapa kawasan lain.

Calon Pakatan Harapan bagi P141 Sekijang , Dr Zaliha Mustafa menyatakan pendirian beliau tentang kesiapsiagaan agensi kerajaan yang terlibat dengan banjir namun kini lebih tertumpu pada persediaan pilihanraya .

Beliau meminta supaya Suruhanjaya Pilihanraya Pusat (SPR) membuat pendirian tentang status
pilihanraya ini jika benar berlaku banjir besar dalam tempoh kempen dan khususnya jika hal
itu berlaku pada hari pembuangan undi iaitu pada 19hb November ini.

Tambah Dr Zaliha lagi, penjawat-penjawat awam dari agensi yang terlibat, pastinya
akan terbeban dengan tugasan kerja yang bertambah sekiranya banjir berlaku.

Isu Pilihanraya Umum ke15 pada 19hb November ini telah dari sejak awal diperkatakan dan diperbincangankan oleh umun dan pimpinan Pakatan Harapan.