Shah Alam : Kemiskinan Haid bukanlah perkara baru di negara ini, walaupun ia nampak seperti perkara biasa namun masih terdapat wanita di negara ini tidak mampu untuk membeli tuala wanita ketika mereka mengalami ” datang bulan”.

Semalam di Dewan Undangan Negeri Selangor telah di nyatakan bahawa pemberian tuala wanita secara percuma bagi rakyat selangor yang tidak mampu dengan peruntukkan RM200 000 bagi penyediaan tuala wanita secara percuma kepada golongan sasar yang memerlukan sebagai inisiatif menangani Kemiskinan Haid.

Kemiskinan Haid dan pemberian tuala wanita percuma ini telah di perjuangkan oleh sebuah badan bukan kerajaan dengan nama BIDADARI sejak tahun 2018. Pengerusinya Cik Napsiah Khamis telah banyak membantu golongan wanita dan pelajar yang terlibat dengan pemberian tuala wanita percuma sama ada jenis pakai buang atau yang boleh guna semula.

Melalui satu kenyataan media Bertarikh 16 Oktober 2021, BIDADARI telah mengzahirkan 3 Tuntutan bagi membasmi Kemiskinan Haid:-


i.Kerajaan memberikan subsidi kepada semua ‘menstruation product’ supaya harga menjadi lebih murah dan mampu beli serta tidak membebankan;


li. Kerajaan memberikan tuala wanita percuma khususnya kepada pelajar-pelajar perempuan/
remaja di sekolah menengah di pedalaman.

Untuk rekod BIDADARI ini telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi bagi membantu golongan wanita di negara ini.