KUALA LUMPUR- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan, hari ini (28 Mac 2023).
Ayob Khan yang sebelum ini pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.
Beliau kemudian kembali ke Bukit Aman selepas dilantik sebagai Pengarah JSJN bermula 25 Januari 2022 sehingga kini.
