Kuala Lumpur : Perkhidmatan LRT di enam stesen yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada pengguna bermula 6.00 pagi pada 12 Mei 2023.
Menurut Rapidrail kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai manakala tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke depoh LRT di Ampang
dan tren – tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi ini.
bagi kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023 dan seterusnya operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal.
namun tarikh operasi penuh yang sebenanr ini bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat.
Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan.
Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit.
