Kuala Lumpur – Plat kenderaan “FFF 1” milik Sultan Ibrahim kini selepas bidaan bernilai RM1.75 juta. Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menyerahkan plat tersebut kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Sultan Ibrahim di laman Facebook nya harap hasil bidaan digunakan kerajaan untuk membantu rakyat. Bidaan plat “FFF” berlangsung 11 hingga 15 Mei sempena ulang tahun JPJ ke-78.

sebelum ini, Loke berkata bidaan bertujuan kutip dana untuk topi keledar percuma, caruman PERKESO tambahan buat 40,000 pemandu teksi, sewa kereta dan bas sekolah, serta tajaan lesen PSV dan B2 untuk B40.

Sultan Ibrahim yang terkenal dengan minatnya terhadap kereta klasik dan koleksi, pernah membeli nombor pendaftaran kenderaan unik, termasuk “FF 1” bernilai RM1.2 juta pada Jun 2023 dan “GOLD 1” dengan nilai RM1.5 juta pada Februari lalu.