
Penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi Salvaj KD Pendekar. Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia semasa menjalankan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan bahawa laporan mengenai kejadian tersebut telah diterima, tetapi tiada butiran lanjut yang diberikan.
βPihak kami telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan,β katanya ketika dihubungi media hari ini.
Untuk Maklumat KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran yang dipercayai disebabkan oleh pelanggaran dengan objek bawah air pada 25 Ogos lalu.