Klook bersama rakan kongsi ketika sesi pemotongan kek sempena majlis sambutan ulang tahun ke-10 Klook pada Selasa. Dari kiri: Tan, Koh, Sebastian,Beng Kuin dan Wan.

KLOOK, platform perkhidmatan pelancongan terkemuka di Asia meraikan ulang tahun ke-10 dengan dengan tawaran penjimatan dan hadiah istimewa buat penggunanya di seluruh dunia.

Menurut Pengurus Besar Klook Malaysia, Singapura dan Indonesia, Sarah Wan, beliau menyedari perjalanan Klook baru sahaja bermula namun meyakini bahawa komitmen syarikat tersebut untuk mencipta pengalaman pelancongan yang menggembirakan dan lancer akan terus berkembang.

Sarah Wan

“Kami akan terus berinovasi, berkolaborasi, dan meningkatkan pengalaman pelancongan pada masa depan. Kami berdedikasi untuk membina hubungan yang lebih kuat antara pelancong dan komuniti tempatan, memacu pelancongan yang mampan, dan mencipta masa depan di mana setiap perjalanan dapat menjadi satu gerakan ke arah kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis sambutan ulang tahun ke-10 Klook yang berlangsung di White Ballroom, dekat Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Perbincangan panel yang menampilkan Klook dan rakan kongsinya, mencerminkan kerjasama mereka selama ini dan peluang masa depan. Dari kanan: Wan, Beng Kuin, Sebastian dan Koh.

Turut hadir adalah Pengarah Pemasaran Klook Malaysia, Rachel Tan; Ketua Pegawai Kewangan dan Pembangunan Perniagaan Taman Tema Sunway, Kong Beng Kuin;  Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan, Express Rail Link (KLIA Ekspres), Bernard Sebastian; dan Ketua Pegawai Kewangan, It’s the Ship Fam, ⁠Edwin Koh.

Majlis sama turut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung termasuk sesi perkongsian rakan kongsi Klook, upacara pemotongan kek, cabutan bertuah, perkhidmatan karikatur percuma, dan sesi penyesuaian warna individu.

Dalam pada itu, Tan berkata, ulang tahun Klook pada tahun ini diadakan bagi meraikan perjalanan syarikat itu dan menjadi bukti komitmen untuk menyediakan pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan.

Rachel Tan

“Kami gembira untuk memberikan ganjaran kepada pengguna kami melalui tawaran hebat dan pengembaraan eksklusif,” kata Tan.

Antara aktiviti yang berlangsung ketika majlis sambutan ulang tahun ke-10 Klook.

Mulai 3 Oktober hingga 13 November 2024, Klook melakukan tawaran terbesar buat para pelancong yang mana mereka boleh menikmati lebih daripada 2,000 tawaran pelancongan.

Pempengaruh Malaysia, Ryan Chiew (kiri) dan Mizzie Tham turut sama memeriahkan majlis sambutan ulang tahun ke-10 Klook pada Selasa.

Menerusi tawaran itu, pelancong memiliki diskaun istimewa sehingga 50 peratus untuk pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti lawatan, aktiviti, penginapan, dan pengangkutan di destinasi kegemaran seperti Jepun, Thailand, Taiwan, Eropah dan banyak lagi.

Antara pengunjung yang memeriahkan majlis sambutan ulang tahun ke-10 Klook di Petaling Jaya pada Selasa.

Bukan itu sahaja, pengguna Klook juga boleh menantikan tawaran mingguan dengan produk beli-1-percuma-1, tawaran musim yang menampilkan pengalaman terbaik musim luruh dan musim sejuk di Jepun, serta produk eksklusif daripada Klook.Ini adalah peluang terbaik untuk menempah percutian impian pelancong pada harga yang pasti tidak dapat ditandingi.

Tidak cukup sekadar itu, berikut merupakan tawaran istimewa lain khas buat pengguna Klook:

1) eSim PERCUMA agar ahli Klook dapat terus berhubung semasa melakukan pelancongan.
Nikmati data sehingga 3 gigabit (3GB) dengan pengaktifan dalam aplikasi yang mudah untuk liputan tanpa gangguan di lebih daripada 200 destinasi.

2) Jualan 10.10 menampilkan tawaran Beli-1-Percuma-1 (B1FI) bagi produk Universal Studios Japan dan banyak lagi.
Nikmati tawaran kilat yang menarik dan jimat sehingga 15 peratus menerusi kod promo di seluruh laman web Klook.
3) Promosi upsize kejutan dengan kod promo tambahan, yang menawarkan penjimatan lebih besar dalam tempahan perjalanan anda.

4) Pengalaman Tidak Ternilai Ekslusif (MCBE). Nikmati perjalanan luar biasa menerusi tawaran MCBE yang menampilkan penginapan mewah dan pengembaraan sekali seumur hidup. Bukan itu sahaja, ahli Klook turut berpeluang merasai pengalaman meluncur salji di Switzerland dan menjadi doktor haiwan di Mandai Wilfire Reserve, Singapura. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober.

5) Sertai sambutan ulang tahun Klook dan menangi hadiah menarik termasuk hadiah utama penginapan 4 hari 3 malam di Festival It’s The Ship yang berlangsung dari Pelabuhan Klang- Phuket – Pelabuhan mulai 7 hingga 13 Disember 2024. Ikuti media sosial @klookmy dan ucapkan ‘Happy Birthday Klook’ dan nyatakan sebab anda perlu memenangi hadiah tersebut dalam maksimum 10 patah perkataan. Tag seorang rakan anda untuk kongsikan keterujaan tersebut. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000 untuk dimenangi.

Klook meraikan sambutan ulang tahun kali ke-10 pada Selasa.

Untuk rekod, Klook bermula sebagai sebuah syarikat permulaan kecil pada 2014, sebelum berkembang menjadi sebuah platform global yang menawarkan lebih daripada setengah juta pengalaman pelancongan ke lebih 100 bandar di seluruh dunia.

Dengan lebih daripada 140 juta tempahan perjalanan dan 70 juta lawatan bulanan ke platformnya, Klook kini telah menjadi satu elemen penting bagi memudahkan para pelancong menerokai dunia.