KUALA LUMPUR – Jenama kecantikan baru, Vita Love, telah melancarkan produk makanan tambahan kecantikan yang direka khusus untuk membantu wanita tampil lebih sihat, bertenaga, dan berseri dari dalam.
Dengan tema “Love Yourself First, and Everything Flows”, Vita Love mengajak wanita untuk memulakan perjalanan kecantikan dan kesihatan dengan memberi perhatian kepada diri sendiri terlebih dahulu.
Pengasas Vita Love, Siti Norfarahin Mohd Sharif, yakin produk ini akan menjadi pilihan utama wanita moden, terutamanya mereka yang mempunyai komitmen tinggi terhadap keluarga dan kerjaya.
“Vita Love dapat membantu anda memperoleh kulit yang berseri dengan kesan anti-penuaan, menjadikannya lebih licin dan memperbaiki kerosakan kulit. Produk ini juga merangsang penghasilan kolagen secara semula jadi dan mengurangkan bintik hitam untuk penampilan yang lebih sihat dan menawan,” jelasnya pada majlis pelancaran Vita Love yang berlangsung pada 22 Februari di Bamboo Hill.
Pelancaran produk itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal Bella Astillah dan penyanyi Nadeera, yang juga Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39.
Selain itu, Siti Norfarahin turut berkongsi bahawa Vita Love diformulasikan dengan ekstrak buah-buahan premium seperti oren, pic, dan beri, yang kaya dengan antioksidan, serta diperkaya dengan bahan berkualiti untuk memberi kesihatan kulit yang menyeluruh.



