Indonesia- Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan bahawa Indonesia berpotensi menjadi antara negara paling selamat sekiranya berlaku Perang Dunia Ketiga.

Beliau menjelaskan bahawa kedudukan Indonesia yang tidak terlibat secara langsung dalam konflik global serta dasar berkecuali menjadikan negara itu relatif lebih selamat berbanding negara lain.

Sebagai contoh, Prabowo memetik kehadiran ramai warga dari Rusia dan Ukraine yang memilih untuk tinggal di Bali walaupun konflik masih berlaku di negara asal mereka.

beliau, situasi itu mencerminkan persepsi antarabangsa bahawa Indonesia merupakan lokasi yang stabil dan selamat.

Selain itu, beliau turut menyatakan hasrat kerajaan untuk membangunkan pusat kewangan khas bagi menarik lebih banyak pelaburan asing, khususnya daripada negara-negara yang berdepan ketidaktentuan geopolitik.

Memetik laporan Tempo.co, kenyataan tersebut dibuat dalam konteks keyakinan bahawa Indonesia mampu kekal sebagai negara yang stabil dan berkecuali dalam menghadapi ketegangan global yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu dilihat sebagai pandangan politik dan bukan jaminan mutlak, memandangkan tahap keselamatan sesebuah negara dalam situasi perang global bergantung kepada pelbagai faktor termasuk geopolitik, ekonomi dan pakatan antarabangsa.