PUTRAJAYA – Lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana dipercayai mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya disahkan positif dadah jenis THC.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam, 2 September.

Menurutnya, polis menerima lima laporan berkaitan kejadian itu selain merakam percakapan tujuh saksi bagi membantu siasatan.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis THC.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, lelaki berkenaan direman sehari bagi membantu siasatan selepas beberapa rakaman video yang memaparkan tindakannya terhadap anggota polis bertugas tular di media sosial.

Aidi Sham berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dibenarkan selama satu hari.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading