KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Awie MBR menyuarakan pandangan berhubung nasihat polis kepada pempengaruh dan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri berkaitan isu komuniti Rohingya.
Menerusi perkongsian di Threads, Awie berpandangan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat maklumat berkaitan lokasi komuniti berkenaan, tanpa bergantung kepada usaha orang awam untuk mengenal pasti lokasi terbabit terlebih dahulu.
Beliau turut menyeru supaya aspek keselamatan dan kepentingan rakyat serta negara terus diberi perhatian oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai penempatan atau lokasi komuniti pelarian kepada polis atau Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut beliau, orang ramai tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri walaupun merasakan berlaku kelewatan daripada pihak berkuasa.
Polis turut mengingatkan bahawa tindakan yang dibuat berdasarkan emosi berpotensi mencetuskan provokasi serta menimbulkan implikasi lebih serius.


Leave a Reply