KUALA LUMPUR – Fly FM mengambil keputusan untuk tidak lagi menyiarkan lagu penyanyi Britain, Ed Sheeran, susulan kontroversi membabitkan rapper Amerika Syarikat, Macklemore, yang disingkirkan daripada baki jelajah Loop Tour.

Memetik laporan Kosmo!, keputusan itu diumumkan Fly FM menerusi hantaran media sosial pada 18 September dengan mesej “Off our playlist! Some things matter more than music”.

Stesen radio berkenaan berkata pendirian itu dibuat sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin serta artis yang menggunakan platform mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai isu tersebut.

Fly FM turut menegaskan bahawa muzik seharusnya menjadi ruang untuk menyuarakan pendapat dan bukannya menyekat suara artis.

Kontroversi tercetus selepas Macklemore menyatakan sokongan kepada Palestin ketika persembahannya dalam jelajah Sheeran di Amerika Syarikat. Susulan itu, beliau dikeluarkan daripada baki jadual jelajah berkenaan selepas beberapa venue memaklumkan mereka tidak mahu mengadakan persembahan yang menampilkan rapper tersebut. 

Sheeran kemudian menjelaskan bahawa keputusan menggugurkan Macklemore dibuat oleh pihak promoter dan venue selepas rundingan untuk mencari penyelesaian tidak berhasil. 

Sementara itu, Macklemore dilaporkan bakal menyumbangkan AS$1 juta kepada enam organisasi yang menyokong rakyat Palestin.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading