KUALA LUMPUR – Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkembangan berhubung status PN tidak akan menjejaskan perancangan BN untuk mengadakan rundingan politik apabila tiba masanya.
Menurut beliau, BN tidak akan membuat sebarang keputusan hanya berdasarkan perkembangan semasa, sebaliknya segala bentuk kerjasama akan ditentukan menerusi rundingan rasmi.
Katanya, walaupun terdapat isu membabitkan kedudukan PN sebagai sebuah gabungan, parti-parti yang membentuk gabungan itu masih wujud sebagai entiti politik masing-masing.
“PN sebagai suatu perikatan dalam sebuah parti politik yang bergabung di bawahnya. Kalau tidak pun, parti politik lain dalam PN tetap ada juga,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2026 di Banda Hilir.
Ab Rauf berkata, rundingan rasmi antara BN dan pihak berkaitan akan bermula selepas menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi BN.
Katanya, tarikh rundingan itu masih belum ditetapkan dan boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
“Jangkaan mula rundingan apabila nanti saya menerima panggilan daripada WTC (Ibu Pejabat UMNO di World Trade Center). Pasti ada.
“Tak semestinya minggu depan, mungkin esok atau mungkin malam ini. Saya tak tahu. Rundingan tetap pasti ada dalam tempoh ini,” katanya.
Perkembangan itu menyusul selepas PN mengesahkan menerima notis RoS bertarikh 22 September yang memberikan tempoh 30 hari untuk gabungan berkenaan mengemukakan penjelasan berhubung tindakan yang boleh membawa kepada pembatalan pendaftarannya.
MELAKA – Barisan Nasional (BN) tetap membuka ruang untuk mencari titik persamaan politik dengan Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu kini berdepan tindakan penggantungan sementara kegiatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkembangan berhubung status PN tidak akan menjejaskan perancangan BN untuk mengadakan rundingan politik apabila tiba masanya.

Leave a Reply